Sunday, December 31, 2017

2018

Happy New Year! 😂

Happy ke?
Dah 33 tahun...
Alhamdulillah,
moga tahun ni lebih baik dari tahun sebelum2 ni...

Fighting!!!

Thursday, December 14, 2017

Cinta pandang pertama

Rindu sebenarnya nak berblog ☺

Bila Dia tanya kawan kau 
"Kenapa dia suka aku? "
"Apa dia nak kat aku? "

Cinta pandang pertama tapi...

Sunday, December 4, 2016

People can change

Mudahnya hati manusia ni berubah.  Dalam masa sebulan luahkan rasa cinta.  Now dah jumpa cinta baru.  Tak sempat lagi nak bagi jawapan,  then dapat tahu Dia dah tackel pompuan lain.  How come people like this.  Nasib baik hati aku ni belum betul2 sayang. Just baru nak buka hati ni nak terima Dia. 

It's ok Bro...  Aku doakan ko bahagia.

Xoxo,  Pija Ruslan.

Saturday, November 12, 2016

Perasaan apakah ini?

Bila kehilangan sesuatu, baru perasan betapa berharga bile takde. Ermmmmm... tak tahu lah. Sedih kot tiba-tiba hilang macam tu. Dah berubah ke? Untuk sedapkan hati sendiri, dok pikir positif je & berharap ada keajaiban akan berlaku.

Apa tak kena ngan diri aku ni. Dok layan lagu sendu2. Dok banyak pikir bukan2.

Ergh.....

Tuesday, October 18, 2016

Krisis tak bernoktah

Entah kenapa sejak krisis tu,  jiwa aku macam tenang.  Apa makna nye tu?  hehehe.  So far hal2 kerja Alhamdulillah,  semakin ok dari minggu lepas.  Well,  ego manusia ni memang susah nak di lentur kan. Maybe tak semua manusia lah berperangai macam tu.  Dah tahu salah sendiri payah sangat ke?  Before this pun aku banyak dah mengalah.  Memang kalau kite dengar cerita orang,  ade ke orang tu salahkan diri sendiri?  Takde kan?  Masing2 nak menang.

Bile sesuatu hal jadi,  orang akan nampak sisi diri kita yang buruk je. Selama ni kite berbudi dah tak nampak dah.  Dah tak ingat dah.  Memang kita ni ikhlas ngan kawan2. Tapi.....  malas nak cerita lah.  Kite ni manusia biasa je.  Ade hati & perasaan.  Kita je dok nak kene jaga hati orang,  hati perasaan kita camne plak?

Ehem, pasal relationship plak.  Sebalik yang terjadi biasa ade hikmah tersembunyi. Apa yang aku nampak,  awal2 lagi Dia dah give up.  Tak bersungguh.  Walaupun cakap sanggup itu ini,  tapi bile di uji sikit je dah mengaku kalah.  Biarlah aku macam ni.  Just follow the flow. 

Xoxo,  Pija Ruslan

Sunday, October 16, 2016

Why Always Me?

Setiap kali dilanda masalah yang sama, aku terfikir sendiri. ada baiknya aku jadi macam sesetengah orang. tak perlu kan kawan yang ramai. janji kawan yang ada tu berkualiti. berapa kali aku nak kena mengalah? berapa kali aku nak kena menangkan ego orang lain? perkataan 'Love Yourself' tu aku tak pandai nak buat sebab aku fikirkan hati orang lain je. aku tak pandai nak selfish. then orang pijak kepala aku. betul pepatah tu 'buat baik berpada2'. apa yang aku tak suka masuk campur hal personal aku. aku ni tak ramai kawan lelaki. selain kawan office. jenis aku ni pulak nak share ngan kawan2 sampai tak terpikir pon ade orang yang akan sebarkan mende ni sume. ni tekaan aku je. habis takkan la orang sana dah tak nak berkawan ngan aku. sometimes bila baca komen2 dalam ati 'wow, ni ke orang yang aku anggap kawan selama ni?'KENAPA aku nak kene hadap menda ni sume? KENAPA aku nak kene jaga ati orang? KENAPA semua hal aku orang nak campur tangan?

Aku dah cukup stress ngan bebanan kerja yang pada aku agak keterlaluan. maksudnye kat sini yes, aku bersyukur sebab ada kerja. tapi perkataan 'teamwork' tu tak ada. semua atas aku. semua nye aku. aku takde masalah if nak kene tolong keje officemate but timing tu kene la ok. time tu aku free or what. i don't mind. but bile aku da tolong, cakap aku ni macam tak ikhlas. how come people like this ha? sedih, terkilan, kecewa sume ada. orang tu yang pernah rapat ngan aku. why always me? pe die yang tak puas ati sangat? i know, aku ni tak cukup baik. aku cakap ni bukan sebab aku rasa diri aku ni perfect. aku cuma nak orang just faham aku dan tak amik ati atau kecik ati ngan aku pasal mende remeh2 ni. aku penat sangat.

pasal relationship plak memang ade someone yang dah luahkan perasaan dia baru2 ni tapi kami tak declare apa2 pun.

ok. dah penat. esok dah keje. nak hadap macam2 esok.

doakan semuanye baik2 aje.

Love, Pija Ruslan.

Sunday, March 13, 2016

It hurts

" Dalam diam aku mencari kekuatan. Rupanya kekuatan itu hadir disaat aku sedang tabah diuji." Seseorang tu hadir dalam hidup kita bersebab. Tak dinafikan, hati ni terluka. Tapi aku tetap tersenyum sebab aku tahu dia bukan untuk aku.

Monday, October 12, 2015

Masa Lalu

Kenangan. Masa begitu pantas berlalu. Meninggalkan jauh segala pahit manis yang pernah aku tempuhi. Apa yang tinggal hanyalah memori. Membuat aku kadang kala terfikir. Apakah aku masih di ingati? Kalau diberi pilihan kepada setiap manusia di muka bumi ini, sudah tentu satu yang mereka mahu. Turn back. Kalaulah masa boleh di undur. Tapi aku pasrah & redha dengan apa yang aku nikmati hari ini. Baik buruk hanya aku yang tahu. Pengalaman banyak mengajar. Pengalaman yang rasanya takkan aku lupa. Yang buruk aku lemparkan jauh. Cuba perbaiki diri. Bangkit dari rasa kecewa. Menjadi dewasa terlalu banyak dugaan dan cabarannya. Kita semua pendosa. Tapi Allah itu maha Berkuasa, Maha Penyayang dan Maha Pengampun. Bertaubatlah. Kembali kepada Allah. Kalau dulu aku kesal dengan kehidupan aku. Tapi aku tahu sebagai umat Islam kita wajib terima qada' dan qadar. Sekarang rasanya hati dan jiwa aku semakin tenang. Walaupun masih ada ruang kosong dalam hidup aku yang belum terisi, namun aku bahagia dan berharap suatu hari nanti ruang kosong itu akan terisi dengan moment2 indah. InshaaAllah.

Sunday, October 13, 2013

Kisah Rumput dan Orang Yang Disayangi

Pada suatu pagi di satu sekolah menengah, ada seorang pelajar bertanya pada seorang guru yang sedang mengajar. Ketika itu, guru tersebut sedang menyentuh mengenai kasih dan sayang secara am. Dialog di antara pelajar dan guru tersebut berbunyi begini :

Pelajar : Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang paling kita sayang?. Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?

Cikgu : Oh, awak nak tahu ke?. Emmm...baiklah, sekarang kamu buat apa yang saya suruh. Ikut je ye...mungkin kamu akan dapat apa jawapannya.

Pelajar : Baiklah...apa yang saya harus buat?

Cikgu : Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar kelas sekarang juga. Kamu berjalan di atas rumput di situ dan sambil memandang rumput di depan kamu, pilih mana yang PALING PALING cantik yang berada di depan kamu tersebut dan selepas itu bawa balik ke kelas.

Pelajar : Ok. Saya pergi sekarang dan buat apa yang cikgu suruh.

Apabila pelajar tersebut balik semula ke kelas, tiada pun rumput yang berada di tangannya. Maka cikgu pun bertanya kepada pelajar tersebut.

Cikgu : Mana rumput yang cikgu suruh petik?

Pelajar : Oh, tadi saya berjalan di atas rumput dan sambil memandang rumput yang berada di situ, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik maka saya saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang, saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada di antara yang di belakang saya sebelum itu tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik.

Cikgu : Ya, itulah jawapannya.

Maknanya, apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita hendak mencari lagi yang lebih baik daripada itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya. Janganlah kita menoleh ke belakang lagi kerana apa yang berlaku tetap dah berlaku. Dan semoga yang berlalu tidak lagi berulang. Jika kita berselisih faham dengan orang yang kita sayang itu, kita boleh perbetulkan keadaan dan cuba teruskan perhubungan tersebut walaupun banyak perkara yang menggugat perhubungan tersebut. Dan ingatlah orang yang kita sayang itulah kita jumpa paling cantik dan paling baik pada Mulanya walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi. KECUALILAH jika perhubungan tersebut tak boleh diselamatkan lagi, maka barulah kita mulakan sekali lagi. Maka sayangilah orang yang berada di depan kita dengan tulus dan ikhlas.